Tabung Pendidikan

Thursday, March 4, 2010

Telur Rebus

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.  Kami duduk berdua sahaja sebab masih belum dikurniakan anak. Aku ni ada  satu kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahulah kenapa aku suka sangat makan telur rebus, mungkin sedap agaknya.  Sebelum aku  kahwin, aku memang gila sesangat ngan telur rebus. Pagi petang siang malam  asyikkk makan telur rebus.Tapi sejak aku kahwin,aku terpaksalah berkorban,  iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak  pekena telur rebus ni.. sebab setiap hari orang rumah aku masak  sedap-sedap..

 So aku dah tak kisah lagilah pasal telor rebus ... Ceritanya bermula  begini, satu hari masa aku balik dari kerja,  tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun tipon bini aku ........katakan yg  aku  balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun  singgah la satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan  nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order lagi 3 biji telur rebus  untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur  rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah  aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama  tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku  tiba-tiba  cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup  mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala aku. Dan  dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan  isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku pulak  terasa nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak  spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon  berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance la, aku pun  melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya...  bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal  tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung  dan  lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap  beb.. aku sendiri pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan  kasi kurang sikit bau dia... bau telur tembelang............

 Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya  tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

 Aku terasa nak kentut lagi lah, kali ni memang aku rasa power punyalah..  aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan  lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar  sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power  gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam  bangkai la.. maun mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku  sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu  hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat..

Lalu  dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka  kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh  lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus  melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam bapak dan  mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling  meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?

 jadi aku pun nak cover malu, aku tanya ler kat pak mertua aku. 'dah  lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab dengan nada  sinis........  !! Dah lama.....Sebelum kentut ko yang pertama lagi!!'

4 comments: