Tabung Pendidikan

Wednesday, March 17, 2010

Si Tanggang


Dengan linangan air mata, akhirnya dia menadah tangan ke langit sambil berseru dengan hati yang amat sedih dan pilu kepada Tuhanku, kalau memang benar dia Malim Kundang, dia sumpah menjadi batu.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba datanglah angin kencang dengan ombak besar bergulung-gulung hingga larut malam dan apabila matahari pagi memancar sinarnya, di kaki bukit di pinggir Desa Air Manis ternampak kepingan kapal yang telah menjadi batu. Hingga kini batu Malin Kundang di pinggir bukit Desa Air Manis terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dan bukit Desa Air Manis menjadi saksi peristiwa tersebut.

Apa pandangan anda tentang kebenaran kisah ini? Benar atau sebaliknya? Ada sape2 pnah g tempat ni?

Friday, March 12, 2010

Petua Jaga Pemakanan

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2
cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila
kita
sudah tua nanti.

 Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan
 makanan laut.
 Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan
cepat
 mendapat penyakit.
 Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
 mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam
suapan
 ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
 terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Klon Artis

Klon Artis

Klon Artis

Wednesday, March 10, 2010

Malu Yang Amat

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu
macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan
pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.
Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan...
perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab,
"Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik...
tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam
longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu
terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,
uhwaaa..!!!"

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat

 1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasamalu dan bersalah.
 2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
 3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
 4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok
    tanpa sesiapa yang tak puas hati.
 5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci
    motor.
 6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi
    tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
 7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak
    pun boleh.
 8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
 9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan
    memecat anda.
10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang
    hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Kesalahan Fahaman

Salman (bukan nama betul) pulang dari kerja satu petang dan terdengar
suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan
melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian. "Kenapa ni
sayang?" tanya Salman. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya.Salman
berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon,
anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata, "Papa, acik Lan
ada bawah katil ayah tak pakai suar." Salman mula naik angin dan naik
semula ke biliknya. Memang betul Roslan(pun bukan nama betul) jiran mereka
ada di bawah katil tanpa pakaian.Salman menarik Roslan keluar dan berkata,
"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak
cuba menakutkan anak aku ye?"

Rahsia Bulan Lahir

OGOS
-suka berlawak
-mudah tertawan kepadanya
-sopan santun dan caring terhadap org lain
-berani dan tidak tahu takut
-orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
-pandai pujuk org lain
-terlalu pemurah & bersikap ego
-nilai harga diri yg sangat tinggi
-dahagakan pujian
-semangat juang yg luar biasa
-cepat marah & mudah mengamuk
-mudah marah apabila cakapnya dilawan
-sangat cemburu
-daya pemerhatian yg tajam & teliti
-cepat berfikir
-fikiran yg berdikari
-suka memimpin & dipimpin
-sifat suka berangan
-berbakat dlm seni lukis, hiburan & silat
-sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
-cepat apabila ditimpa penyakit
-belajar utk relax
-sikap kelam kabut
-romantik, pengasih, penyayang
-suka mencari kawan

Rahsia Bulan Lahir

JULAI
-Sangat seronok didamping
-Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
-Agak pendiam kecuali diransang
-Ada harga dan maruah diri
-Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
-Mudah dipujuk dan bercakap lurus
-Sangat menjaga hati orang lain
-Sangat peramah
-Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
-Berjiwa sentimental
-jarang berdendam
-mudah memaafkan tapi sukar melupakan
-tidak suka benda remeh-temeh
-membimbing cara fizikal dan mental
-sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
-layanan yg serupa dgn semua orang
-tinggi daya simpati
-pemerhatian yg tajam
-suka menilai org lain dgn pemerhatian
-mudah dan rajin belajar
-suka muhasabah diri
-suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
-suka mendiamkan diri
-suka duduk dirumah
-suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
-tak agresif kecuali terpaksa
-lemah dari segi kesihatan perut
-mudah gemuk kawal tak kawal diet
-minta disayangi
-mudah terluka hati tapi lambat pulih
-terlalu mengambil berat
-rajin dalam membuat kerja

Sunday, March 7, 2010

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka
juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh
menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan
berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini
menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
membawa kepada
sifat ego.

6) Takde bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!!

Kalau Sampai Di Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun  menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar.  Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya.
"  Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?"   Hari mulai malam dan anak itu masih terus  bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..   nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"  Tapi si anak tidak mahu diam..  dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,  "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"   Pemandu yang sudah keletihan  menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"   Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,  dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..  semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di  Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia  bertanya pada para penumpang..   "Encik-encik dan puan-puan sekalian..  bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?"   Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si  anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..  Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.   "Nak! Sudah sampai  di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..  Si anak bangun dan berkata..
"Oh sudah sampai ya!"   alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan  mengeluarkan nasi bungkusnya..  Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah  kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.   "Tidak lah.. mama  saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus  ni!"

Rahsia Bulan Lahir

JUN
-berfikiran jauh & berwawasan
-mudah ditawan krn sikap baik
-berperangai yg lemah lembut
-mudah berubah sikap, perangai idea @mood
-idea yg terlalu banyak dikepala
-bersikap sensitif
-otaknya aktif (sentiasa berfikir)
-sukar melakukan sesuatu dgn segera
-bersikap suka menangguh-nangguh
-bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
-cepat marah &cepat sejuk
-suka bercakap & berdebat
-suka buat lawak & bergurau
-otaknya cerdas berangan-angan
-mudah berkawan & pandai berkawan
-org yg sangat tertib
-pandai mempamerkan sikap
-mudah kecil hati
-mudah kena selsema
-suka berkemas
-cepat rasa bosan
-sikap terlalu memilih & cerewet
-kurang mempamerkan perasaan
-lambat nak sembuh apabila terluka hati
-suka kepada barang yang berjenama
-mudah menjadi eksekutif
-kedegilan yg tidak terkawal
-sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
-siapa menegur saya adalah kawan saya.

Thursday, March 4, 2010

Nasib Si Burung!!!

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata,

"Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab,

"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit?"

"Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan.

"Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.
Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya,

"Apa yang terjadi?"

"Saya tidak tahu. Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini."

Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,

"Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?"
Gadis kecil itu menjawab,

"Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"


Moral of the story.
Jangan nak menipu budak kecik.

Dimanakah Anda??

 RAJIN BEKERJA, MALAS BERCAKAP   -   Kena Buli


MALAS BEKERJA, RAJIN BERCAKAP   -   Wayang Cina


MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP   -  Tak Guna


MALAS BEKERJA, SUKA MENGADU     -    Langau (Lalat Hijau)


MALAS BEKERJA, SUKA PONTENG     -     Lebih Baik Berhenti


MALAS BEKERJA, SUKA TERMENUNG   -    Lebih Baik Mati


RAJIN BEKERJA, RAJIN MENGADU    -      Kaki Bodek


RAJIN BEKERJA, RAJIN BERCAKAP   -       Bagus


JADI, DIMANAKAH ANDA ???

Telur Rebus

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.  Kami duduk berdua sahaja sebab masih belum dikurniakan anak. Aku ni ada  satu kegemaran - iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahulah kenapa aku suka sangat makan telur rebus, mungkin sedap agaknya.  Sebelum aku  kahwin, aku memang gila sesangat ngan telur rebus. Pagi petang siang malam  asyikkk makan telur rebus.Tapi sejak aku kahwin,aku terpaksalah berkorban,  iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak  pekena telur rebus ni.. sebab setiap hari orang rumah aku masak  sedap-sedap..

 So aku dah tak kisah lagilah pasal telor rebus ... Ceritanya bermula  begini, satu hari masa aku balik dari kerja,  tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun tipon bini aku ........katakan yg  aku  balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun  singgah la satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan  nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order lagi 3 biji telur rebus  untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur  rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah  aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama  tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku  tiba-tiba  cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup  mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala aku. Dan  dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan  isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku pulak  terasa nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak  spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon  berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance la, aku pun  melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya...  bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal  tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung  dan  lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap  beb.. aku sendiri pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan  kasi kurang sikit bau dia... bau telur tembelang............

 Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya  tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

 Aku terasa nak kentut lagi lah, kali ni memang aku rasa power punyalah..  aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan  lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar  sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power  gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam  bangkai la.. maun mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku  sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu  hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat..

Lalu  dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka  kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh  lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus  melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam bapak dan  mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling  meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?

 jadi aku pun nak cover malu, aku tanya ler kat pak mertua aku. 'dah  lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab dengan nada  sinis........  !! Dah lama.....Sebelum kentut ko yang pertama lagi!!'

Rahsia Bulan Lahir

MEI
-kekerasan hati & degil
-kuat semangat & bermotivasi tinggi
-pemikiran yg tajam
-mudah marah apabila tidak dikawal
-pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
-perasaan yg amat mendalam
-cantik dr segi mental & fizikal
-tidak perlu dimotivasikan
-tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
-mudah dipujuk
-bersikap sistematik (otak kiri)
-suka berangan
-kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
-bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
-daya khayalan yg tinggi
-permikiran yg tajam
-pandai berdebat
-fizikal yg baik
-kelemahan sistem pernafasan
-suka sastera, seni & muzik serta melancong
-tidak berapa suka duduk dirumah
-tidak boleh duduk diam
-tidak punya ramai anak
-rajin dan bersemangat tinggi
-agak boros

Wednesday, March 3, 2010

Guru Dan Murid

Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.

Guru        :    Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu,  apa yang akan kamu lakukan?
Murid       :    Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!
Guru        :    HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?
Murid       :    Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.
Guru        :    Habis tu apa yang ...(Mula Khuatir)
                           

Murid     :      Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt  saya diangkat, sedangkan penjahat itu     susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut di kaki ketika dilucutkan...

Anak Ayah

Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang
bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60sen.
Ayah : ??????

Rahsia Bulan Lahir

APRIL
-sgt aktif dan dinamik
-cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
-sgt menarik dan pandai manjakan diri
-punya daya mental yg sangat kuat
-suka diberi perhatian
-sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan
-pandai menyelesaikan masalah org
- sgt berani dan tiada perasaan takut
-suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
-emosi cepat terusik
-try control the emosi
-kecenderungan bersifat dendam
-agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
-kuat daya ingatan
-gerak hati yg sangat kuat
-pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
-berpenyakit disekitar kepala dan dada
-sgt cemburu dan terlalu cemburu

Tuesday, March 2, 2010

Baju Cinta

Seorang ibu mertua ( berumur lingkungan 50an ) datang menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng , si mertua terkejut kerana mendapati menantu perempuannya yang  membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya .

Tanpa di tanya , si menantu berkata " saya sedang   menunggu suami saya pulang dari berkerja !!! "
" Tapi kau telanjang !!! ??? " marah si ibu mertua . " Ini BAJU CINTA saya " balas si menantu
" BAJU CINTA ??? " si mertua kehairanan ,
" Ya , suami saya menyukainya , saya juga begitu senang  MEMAKAInya"    " Saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami saya  pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu  melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan mak "   pinta si menantu .

Si mertua faham kehendak anak menantunya , dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami . Di dalam perjalanan pulang si mertua mendapat idea ... fikirnya dengan mengikut cara anak menantunya , sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungan dengan suaminya yang sudah berumur .    Sesampai di rumah , si mertua tadi menanggalkan semua  pakaiannya , mandi , berbedak dan memakai minyak wangi  sewangi-wanginya . Kemudian si mertua tadi pun menunggu  suaminya pulang dari bekerja .
Selang beberapa ketika suami si mertua tadi pulang , dengan bangganya si mertua tadi menayangkan tubuh badan yang tanpa seurat benang kepada suaminya ( dengan gaya  ala Marilyn Monroe ) .

" Kenapa dengan kau nie ... buang tebiat ??? " marah si suami tadi .
" Inilah BAJU CINTA bang " kata si mertua tadi , " Hah !!! BAJU CINTA ??? " soal si suami sambil memandang  dari atas ke bawah .
Seketika si suami tadi menambah

" KENAPA TAK SETERIKA DULU ??? NAMPAK SANGAT KEDUTNYA "

Jenaka

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak  : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak  : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????




Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin.   : Shan Kenapa menangis?
Amin    : Saya datang untuk ujian darah.
Shan    : Awak takut ke?
Amin    : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin   :  Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan   :  Saya datang untuk ujian air kencing...


Orang Asli Dan Polis
orang asli   : selamat pagi tuan
polis        : selamat pagi
polis        : apa hal
orang asli   : saya nak buat repot tuan
polis        : fasal apa tu
orang asli   : kawan saya di baham harimau
polis        : pukul berapa
orang asli   : dia tak pukul, terkam
polis        : habis?
orang asli   : tak habis, tinggal kepala

Jenaka

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Makkah Mega Projek

Rahsia Bulan Lahir

MAC
-berpesonaliti yg menarik dan menawan
-mudah didampingi
-sgt pemalu dan pemendam rasa
-sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
-sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
-suka pada kedamaian
-sgt peka kepada orang lain
-sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
-tidak cepat marah dan sangat amanah
-tahu balas budi dan tahu kenang budi
-pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
-kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
-suka berangan-angan
-suka melancong
-sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
-kelam kabut dalam memilih pasangan
-suka dgn hiasan rumahtangga
-punya bakat seni dalalm bidang muzik
-kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
-jgn terlalu moody.

Monday, March 1, 2010

Rahsia Bulan Lahir

FEBRUARI
-berfikiran abstrak
-sukakan benda yang reality dan abstrak
-inteligent, bijak dan genius
-berpesonality yg mudah berubah
-mudah menawan org lain
-agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
-jujur dan setia pd segalanya
-keras hati untuk mencapai matlamat
-tidak suka dikongkong
-mudah memberontak apabila dikongkong
-suka kegiatan yg lasak
-emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
-mudah mempamirkan marahnya
-tidak suka benda yg remeh-temeh
-suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
-sangat berani dan suka memberontak
-bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
-pemerhatian yg tajam
-suka hiburan dan sukan
-suka benda yg bersifat seni
-sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
-berkecenderungan pd benda yg tahyul
-amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
-belajar untuk mempamirkan emosi

Crocodile

Love Hurricane

Nokia 888

Saddam Hussein Gold

Amalan Yang Terbalik

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

Rahsia Bulan Lahir

JANUARI

-bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik
-sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
-rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan suka smart, kemas dan teratur
-bersifat sensitif, berfikiran mendalam
-pandai mengambil hati org lain
-pendiam kecuali telah dirangsang
-agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
-mudah mendisiplinkan diri sendiri
-badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
-bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
-cukup sayang pd kanak-kanak
-suka duduk rumah
-setia pada segala-galanya
-perlu belajar kemahiran sosial
-cukup cemburu yg sangat tinggi

Perempuan Lawa VS Perempuan Tak Lawa

 Kalau perempuan lawa pendiamLelaki akan cakap: Wow!! Ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: Eh, tak reti berkomunikasi betul...

Kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: Musti ada krisis dalaman nih, kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: Dah la tak lawa, perangai pulak huduh...

Kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu
Lelaki akan cakap: Heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: Taktik nak ngorat le tu...

Kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: Ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: Kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Patut pun kena reject...

Kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: Ntah Dato' mana bela nih....
Kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: Musti anak org kaya nih.....

Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: Sedar pun diri...

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: Caring sungguh....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: Nak tunjuk caring le tu....

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: Don’t worry I will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: Sikit2 nak nangis!! Mengada2...

Kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: Dah la lawa, pandai masak pulak tu...
Kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: Ntah sedap ke tak????

Kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: Takpe...
Kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: Ko ni takde keja! lain ke... sibuk ni tau..

Kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: Sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: Balik2 email dia.boring

Keserasian...

 Apakah anda tahu bahawa urutan kelahiran akan
mempengarui hubungan anda?..jom kiter lihat ..keserasian pasangan anda…..

 SI SULUNG DENGAN SI SULUNG 

Kelihatan pasangan ini akan melalui jalan agak berliku utk menuju
kpd hubungan yg baik mahupun yg menyenangkan.Agak sukar melahirkan
kerjasama di antara pasangan anda….


 SI SULUNG DENGAN SI TENGAH 


Si tengah mungkin mengubah sikap atau kelakuannye.. hanya utk menyenanagkan pasangan sulungnye.Meskipun di katakan hubungan si tengah merupakan pasangan yg sesuai bagi sesiapa saja (kecuali dgn si tengah),dia mungkin mendapati bahaw si sulung menindasnye..Jika anda menikah dgn si sulung ,anda mungkin akan melepaskan aatu melupakan keinginan dan impian utk menyenangkan pasangan anda.Bagaimanapun,jika anda memiliki kecenderungan Bongsu ,kalian merupakan pasangan yg serasi…


 SI SULUNG DENGAN SI BONGSU 

Kombinasi yg bagus..si sulung dpt mengajar si bongsu bagaimana mengurus dgn lebih baik dan selalu ada saat di mana hidup harus dianggap serius.Si bongsu pula akan dpt menerapkan kpd si sulung bahawa dlm hidup ini sekali-sekala perlu santai…..


 SI TENGAH DENGAN SI TENGAH 


Memiliki potensi utk serasi antara satu sama lain.Meskipun keduanya si tengah,namun bila salah seorang lebih cenderung bersikap sulung dan yg lainnya agak kebongsuan,keduanya merupakan pasangan yg serasi.Di samping itu ,jika keduanya merupakan anak tengah yg memilki watak keras ,komunikasi di antara mereka agak menyakitkan,meskinpun anda berdua bersepakat utk hidup rukun…


 SI TENGAH DENGAN SI BONGSU 


Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan sulung.jika si tengah memiliki sikap tengah,mungkin saja dia akan trpengaruh dgn gaya hidup si bongsu yg suke..happy- happy serta menimbulkan problem spt….pernikahan si bongsu dgn si bongsu….


 SI BONGSU DENGAN SI BONGSU 

Berhati2lah..anda mungkin saja dpt besenang2….tapi anda akan menemukan bahawa nampkanya kehidupan sedikit di luar kawalan, tidak ada yg bertanggungjawab….


 ANAK TUNGGAL DGN ANAK TUNGGAL 


Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga memerlukan waktu utk dpt hidup rukun dan saling bantu – membantu…

 SI BONGSU WANITA TANPA SAUDARA LELAKI DAN SI BONGSU LELAKI TANPA SAUDARA WANITA 

Tidak hanya anda berdua akan mengalami masalah anak bongsu,namun anda berdua akan kurang memahami lawan jenis – di pamdang dari segi psikologi dan tidak akan saling mengerti serta saling bantu-membantu antara satu sama lain…..

Cloud Painting

Evolution

Tugu Peringatan


Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah? , ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor.
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu, " kata lelaki itu.
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap ! si doctor itu.
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...

Temuduga Untuk CEO

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu  permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.  Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,  lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya  Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).  Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula  berkata,  "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang  memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"  Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",  tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata, "FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"  "Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.  "Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.  "KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun,  mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.  "Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut  SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

  "Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.  "Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

 "Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"  CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon  ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan

 yang sangat bagus sebentar tadi.  "Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa  perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat  dengan yakin sekali."Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan  calon keempat tadi.   "Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau  MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."  Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan..............

Kisah Orang Gila

Ada doa orang sahabat , mereka ni sangat akrab.Sorang bernama Hanif dan  yang sorang 
   tu bernama Tony . Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan  orang-orang gila .

>  Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat  di rumah 
   tumpangan itu . Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di  
   bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu .

> Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam....apalagi 
   terkapai-kapailah dia meminta tolong .  Sahabat yang  setia ,  Si Hanif ni dengan pantas
   cuba menyelamatkan Si Tony .  Fuh , nasib baik tak lemas . Memandangkan Si Tony tu dah 
   basah kuyup dan kesejukan ,  Si  Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan 
   sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka .

> Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan . Kira pegawai ler 
  tu . Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! !   mula berkata , " Saya ada dua 
  berita yang perlu saya beritahu awak.

> Yang pertama ialah berita baik ,  awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat
  membezakan antara kecemasan atau tidak . Tindakan awak  menyelamatkan Si Tony 
  bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang  waras . Namun saya juga ada berita buruk 
  untuk awak ,  teman baik awak  telah  membunuh diri . Pagi tadi saya diberitahu yang dia
  dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

> Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab ,  Tidak tuan dia bukan  membunuh
  diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".