Tabung Pendidikan

Monday, March 1, 2010

Kisah Orang Gila

Ada doa orang sahabat , mereka ni sangat akrab.Sorang bernama Hanif dan  yang sorang 
   tu bernama Tony . Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan  orang-orang gila .

>  Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat  di rumah 
   tumpangan itu . Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang.Si Hanif berehat-rehat di  
   bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu .

> Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam....apalagi 
   terkapai-kapailah dia meminta tolong .  Sahabat yang  setia ,  Si Hanif ni dengan pantas
   cuba menyelamatkan Si Tony .  Fuh , nasib baik tak lemas . Memandangkan Si Tony tu dah 
   basah kuyup dan kesejukan ,  Si  Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan 
   sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik mereka .

> Keesokan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan . Kira pegawai ler 
  tu . Apabila melihat wajah Si Hanif beliau ! ! ! ! ! ! ! ! !   mula berkata , " Saya ada dua 
  berita yang perlu saya beritahu awak.

> Yang pertama ialah berita baik ,  awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat
  membezakan antara kecemasan atau tidak . Tindakan awak  menyelamatkan Si Tony 
  bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang  waras . Namun saya juga ada berita buruk 
  untuk awak ,  teman baik awak  telah  membunuh diri . Pagi tadi saya diberitahu yang dia
  dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung.

> Dengan muka selamba Si Hanif pun menjawab ,  Tidak tuan dia bukan  membunuh
  diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering".

No comments:

Post a Comment