Tabung Pendidikan

Tuesday, September 27, 2011

Panggilan telefon bimbit pertama di dunia




Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar di Amerika Syarikat semalam.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.

"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592)



Saturday, September 24, 2011

Suara Latar Kartun Popular!!!


Bill Fagerbakke    aka Patrick Star



                                                                                                                                                  




                                                            Alexander Gould     aka      Nemo





                                                      Dan Castellaneta   aka   The Simpson








                                                   Tom Kenny    aka   Spongebob Squarepants









Asyiela Putri  


aka 


Upin & Ipin

Thursday, September 22, 2011

Si Bongkok Tanjung Puteri




Kubur Si Bongkok Tanjung Puteri cuma bernisankan sekeping papan yang telah reput



Sedihnya melihat kubur Si Bongkok Tanjung Puteri pahlawan Melayu Johor ini. Beliau berjuang habis-habisan melawan penjajah. Namun, beginilah nasib beliau. Sama seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman dan lain-lain pejuang sejati.Nama Si Bongkok mungkin tidak asing bagi rakyat negeri Johor sementelah ia disebut dalam lagu malar segar Tanjung Puteri.
Lagu yang dinukilkan pada 1950-an itu boleh dikatakan begitu mesra di telinga dan terus bermain di bibir rakyat negeri itu. Cuma, siapakah Si Bongkok yang disebutkan dalam bait-bait lagu itu tidak ramai individu ingin membongkarnya.

Pastinya Si Bongkok seorang yang penting. Kalau tidak, masakan ia disebutkan dalam lagu patriotik dan dikatakan menjadi lagu jati diri negeri Johor itu.

Tidak mungkin ia sekadar menceritakan tentang Tanjung Puteri yang merupakan nama lama Johor Bahru selain retorik dan kisah dongeng semata-mata.

Nama Si Bongkok mula dipopularkan oleh budayawan, Allahyarham Shaharom Husain menerusi pementasan drama berjudul Si Bongkok Tanjung Puteri di Dewan Jubli Intan Johor Bahru seawal tahun 1961.

Si Bongkok disifatkan telah bersemadi bersama sejarahnya yang terkambus. Dia dikatakan seorang pahlawan yang namanya terpadam dalam lembaran sejarah malah tidak hairanlah jika ada yang menyifatkan dia tidak wujud.


kisah Si Bongkok berlaku pada pertengahan abad ke-19 iaitu sekitar tahun 1855 hingga 1870.


Negeri Johor pada ketika itu diperintah oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Pada tahun 1855 pusat pentadbiran Johor telah dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri.


Ketika pemerintahan Temenggung Ibrahim di Tanjung Puteri, muncul seorang lelaki yang cacat fizikalnya tetapi mempunyai keberanian menentang campur tangan Inggeris dalam pentadbiran dan ekonomi Johor.


“Dia memang dilahirkan bongkok, badannya bengkok ke kanan dan mukanya herot ke kanan. Walaupun dia cacat tapi dia mempunyai fizikal yang kuat.


“Badannya besar dan gagah,” katanya sambil memberitahu Si Bongkok cekap bermain senjata seperti badik dan sangat mahir ilmu kelautan dan pelayaran.



Pada masa itu, Singapura telah dikuasai Inggeris dan Inggeris berniat untuk meluaskan jajahannya di Johor.


Mereka juga berusaha mengaut hasil-mahsul Johor seperti lada hitam, gambir, rotan dan damar serta dibawa ke Singapura selaku pusat pengumpulan hasil sebelum dibawa ke Eropah.


“Keadaan itu menimbulkan kemarahan Si Bongkok. Lalu, dia berjuang memusnahkan kapal-kapal dagang Inggeris. Dia melanun sekitar Selat Tebrau dari Pengerang hingga ke Kukup, perairan Kuala Sungai Johor dan perairan Singapura.


Hal itu telah membawa kesusahan kepada Inggeris. Gabenor Negeri-Negeri Selat, W.J Butterworth amat marah dan mahu kegiatan lanun dihapuskan. Pelbagai cara telah digunakan untuk menumpaskan Si Bongkok, ketua kumpulan lanun.


Namun, ia tidak berjaya kerana dia dikatakan pahlawan yang handal, kebal dan tidak lut senjata tajam.


“Si Bongkok juga dikatakan mencintai gadis yang sama dengan adiknya, Panglima Putih. Hayatnya dikatakan berakhir apabila dia tertikam dirinya ketika bertarung dengan adiknya di Tanjung Puteri,” katanya sambil memberitahu gadis itu merupakan Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur.


Beritahu Kamdi, Si Bongkok dilihat dari dua persepsi. Masyarakat setempat menganggapnya sebagai wira yang pantang melihat negeri Johor dikuasai bangsa asing.


Sementara, Inggeris dan pemerintah pada masa itu melihatnya sebagai penderhaka dan pengkhianat kerana melakukan pembunuhan dan perompakan sesuka hati sekali gus menjejaskan aktiviti perdagangan amnya di salah sebuah pusat perdagangan utama selepas kejatuhan Melaka    *kitapatotberbanggadenganpahlawankita*