Tabung Pendidikan

Thursday, September 22, 2011

Si Bongkok Tanjung Puteri




Kubur Si Bongkok Tanjung Puteri cuma bernisankan sekeping papan yang telah reput



Sedihnya melihat kubur Si Bongkok Tanjung Puteri pahlawan Melayu Johor ini. Beliau berjuang habis-habisan melawan penjajah. Namun, beginilah nasib beliau. Sama seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman dan lain-lain pejuang sejati.Nama Si Bongkok mungkin tidak asing bagi rakyat negeri Johor sementelah ia disebut dalam lagu malar segar Tanjung Puteri.
Lagu yang dinukilkan pada 1950-an itu boleh dikatakan begitu mesra di telinga dan terus bermain di bibir rakyat negeri itu. Cuma, siapakah Si Bongkok yang disebutkan dalam bait-bait lagu itu tidak ramai individu ingin membongkarnya.

Pastinya Si Bongkok seorang yang penting. Kalau tidak, masakan ia disebutkan dalam lagu patriotik dan dikatakan menjadi lagu jati diri negeri Johor itu.

Tidak mungkin ia sekadar menceritakan tentang Tanjung Puteri yang merupakan nama lama Johor Bahru selain retorik dan kisah dongeng semata-mata.

Nama Si Bongkok mula dipopularkan oleh budayawan, Allahyarham Shaharom Husain menerusi pementasan drama berjudul Si Bongkok Tanjung Puteri di Dewan Jubli Intan Johor Bahru seawal tahun 1961.

Si Bongkok disifatkan telah bersemadi bersama sejarahnya yang terkambus. Dia dikatakan seorang pahlawan yang namanya terpadam dalam lembaran sejarah malah tidak hairanlah jika ada yang menyifatkan dia tidak wujud.


kisah Si Bongkok berlaku pada pertengahan abad ke-19 iaitu sekitar tahun 1855 hingga 1870.


Negeri Johor pada ketika itu diperintah oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Pada tahun 1855 pusat pentadbiran Johor telah dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri.


Ketika pemerintahan Temenggung Ibrahim di Tanjung Puteri, muncul seorang lelaki yang cacat fizikalnya tetapi mempunyai keberanian menentang campur tangan Inggeris dalam pentadbiran dan ekonomi Johor.


“Dia memang dilahirkan bongkok, badannya bengkok ke kanan dan mukanya herot ke kanan. Walaupun dia cacat tapi dia mempunyai fizikal yang kuat.


“Badannya besar dan gagah,” katanya sambil memberitahu Si Bongkok cekap bermain senjata seperti badik dan sangat mahir ilmu kelautan dan pelayaran.



Pada masa itu, Singapura telah dikuasai Inggeris dan Inggeris berniat untuk meluaskan jajahannya di Johor.


Mereka juga berusaha mengaut hasil-mahsul Johor seperti lada hitam, gambir, rotan dan damar serta dibawa ke Singapura selaku pusat pengumpulan hasil sebelum dibawa ke Eropah.


“Keadaan itu menimbulkan kemarahan Si Bongkok. Lalu, dia berjuang memusnahkan kapal-kapal dagang Inggeris. Dia melanun sekitar Selat Tebrau dari Pengerang hingga ke Kukup, perairan Kuala Sungai Johor dan perairan Singapura.


Hal itu telah membawa kesusahan kepada Inggeris. Gabenor Negeri-Negeri Selat, W.J Butterworth amat marah dan mahu kegiatan lanun dihapuskan. Pelbagai cara telah digunakan untuk menumpaskan Si Bongkok, ketua kumpulan lanun.


Namun, ia tidak berjaya kerana dia dikatakan pahlawan yang handal, kebal dan tidak lut senjata tajam.


“Si Bongkok juga dikatakan mencintai gadis yang sama dengan adiknya, Panglima Putih. Hayatnya dikatakan berakhir apabila dia tertikam dirinya ketika bertarung dengan adiknya di Tanjung Puteri,” katanya sambil memberitahu gadis itu merupakan Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur.


Beritahu Kamdi, Si Bongkok dilihat dari dua persepsi. Masyarakat setempat menganggapnya sebagai wira yang pantang melihat negeri Johor dikuasai bangsa asing.


Sementara, Inggeris dan pemerintah pada masa itu melihatnya sebagai penderhaka dan pengkhianat kerana melakukan pembunuhan dan perompakan sesuka hati sekali gus menjejaskan aktiviti perdagangan amnya di salah sebuah pusat perdagangan utama selepas kejatuhan Melaka    *kitapatotberbanggadenganpahlawankita*

16 comments:

  1. wah...mesti terer sejarah neh....tp cian la..npe kubur dy da jadi gitu...dy pon org penting gk..huhuhu


    http://khayalan27.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. dari pembacaan saya yang tak pasti sahih atau tak sumbernya,si bongkok ni adalah lanun.. tapi bukan lanun yang jahat mcm cite jack sparrow pirates of carribean tu.. si bongkok hanya merompak kapal2 inggeris sahaja dan harta yg di rompak untuk diberi pada rakyat miskin masa tu.. kira cam robin hood la..
    lagi satu,penah dengar lagu nenek2 si bongkok tiga tak?
    dikatakan lagu tu ada kena mengena ngan si bongkok tanjung puteri ni..

    ReplyDelete
  3. erm..... nape x pna taw pon sal cter ni??? tp pe kate cayzal nie pon x pna dgr :)

    x minat sejarah

    ReplyDelete
  4. Selama ni kpah ingatkan si bongkok hanyalah dongeng dlm cerita P.Ramlee...Rupa-rupanya sama penting dgn pahlawan mat kilau..tok gajah dan sewaktu dgnnya...Kenapa yaa tidak ada pendedahan mengenai si bongkok?...( cuma si bongkok dlm filem P.Ramlee tu..dah pegi ke alam khayalan....)

    ReplyDelete
  5. wah hebatnya si bongkok nie yer..

    ReplyDelete
  6. Bagai 'Lembu punya susu sapi dapat nama'
    lain org yg berjuang,lain org yg dapat nama.

    ReplyDelete
  7. sedihnya.. hiba mendengar kisah sibongkok... kisah cinta yg tak kesampaian lebih menambahkan sedih saya

    ReplyDelete
  8. sebelum tak pernah tahu pun mengenai siapa si bongkok nie...perkongsian yang menarik :)

    ReplyDelete
  9. satu kisah sejarah negeri johor yang boleh membanggakan orang johor ni .. tapi bila perjuangannya menentang penjajah akan dilihat sebagai pengkhianat kepada bangsa pula oleh pihak penjajah .. tapi jika kisah ni adalah sejarah , kenapa pula tiada kajian yg dibuat tentang beliau .. walaupun ada cerita beliau adalah lanun yang merompak kapal2 penjajah tetapi beliau juga adalah tokoh yang turut melakar perjalanan sejarah dalam kehidupan orang2 johor ..

    elok disarankan kepada pengkaji sejarah negeri johor untuk dikaji dan di jika sahih ini adalah satu sejarah yang menarik untuk dibukukan sebelum ia terus hilang ditelan zaman..

    ReplyDelete
  10. Betoi ker si bongkok ni lelaki..........

    ReplyDelete
  11. Mari bergabung bersama ASIANBET77.COM Disini kami menyediakan berbagai macam jenis permainan betting online, seperti Taruhan Bola Online, Casino Online, Togel Online, Sabung Ayam Online dan masih banyak lagi game taruhan online lainnya....

    Pendaftaran gratis tidak dikenakan biaya apapun juga, minimal Deposit sangat ringan, hanya dengan Rp 100.000 saja anda sudah bisa bergabung bersama kami. ASIANBET77.COM bekerja sama dengan bank lokal yakni BCA, MANDIRI & BNI. Sehingga memudahkan anda untuk bertransaksi bersama kami.

    Customer service kami yang Ramah dan Profesional akan siap membantu anda selama 24 jam full, ayo segera daftarkan diri anda bersama kami ASIANBET77.COM. Dan dapatkan promo2 menarik dari kami.untuk keterangan lebih lanjut silahkan hubungi CS kami :

    YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    Wechat : asianbet_77
    sms center : +639052137234
    pin bb : 2B4BB06A

    ReplyDelete
  12. www.indobet77.com

    Master Agen Bola , Casino , Tangkas , Togel Terbesar
    dan Terpercaya Pilihan Para Bettor

    New Promo ( khusus produk 998bet )
    - Bonus 100 % New Member sportsbook ( 998 bet ) .
    - Bonus 100 % New Member Casino ( 998 bet ) .
    ( Syarat dan Ketentuan Berlaku )

    Promo Terbaru :
    - Bonus 10% New Member Sportsbook ( SBObet, IBCbet , AFB88 ,368bet , M8bet , 998bet )
    - Bonus 5% New Member Casino Online ( 338a , 1Scasino , Asia8bet , CBO855 )
    - Bonus 10% Setiap Hari Bola Tangkas ( TangkasNet , 368MM , 88 Tangkas )
    - Togel Online ( Klik4D )
    - Sabung Ayam ( New Produk )
    - CASHBACK untuk Member
    - BONUS REFERRAL 5% + 1% Seumur Hidup

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : indobet77_sb2@yahoo.com
    - EMAIL : indobet77@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7238
    - WECHAT : indobet77
    - SMS CENTER : +63 905 213 7238
    - PIN BB : 2B65A547 / 24CC5D0F

    Salam Admin ,
    http://indobet77.com/

    ReplyDelete
  13. Banyak nukilan orang2 lama yang bercerita menerusi bait2 puisi. Dalam lirik lagu misalnya, lagu zapin teluk belanga. Menceritakan bagaimana tampuk pemerintahan beraja pada masa tu berpindah ke selat johor. Tapi, sejarah Johor berdaulat tetap jadi kebanggaan. Bangga jadi rakyat Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lirik lagu Anak Negeri juga dapat difahami sejarah perintahan Johor bermula di Hulu Riau,Tanjung Pinang, Pulau Penyengat antara 1700-1800 sebelum kedatangan Belanda ke Indonesia. Antara baris liriknya.



      DIHULU RIAU
      NEGERI BERMULA, SATU RIWAYAT TERSEBUT SUDAH
      KISAH PAHLAWAN PANTANG MENYERAH
      SEJAK DAHULU SUDAH TERMASYUR
      SEGENAP NEGERI
      RANTAU MELAYU TAPAK BUDAYA,
      SI INDRASAKTI
      HAI ANAK NEGERI ADUHAI SAYANG MERANGKAI PULAU
      HAI ANAK NEGERI ADUHAI SAYANG KEPULAUAN RIAU
      KITA BERTOLAK KE NEGERI MEGAH
      MENJULANG BAKTI TEGAKKAN MARUAH
      LAJU PERAHU LAYAR BERKEMBANG
      SI RAJA API , DIBILANG LINGGI
      BIARPUN BADAI, DATANG MENERJANG MUNDUR SELANGKAH JANGAN.. SEKALI
      SEGANTANG LADA TAJUK DIGELAR,.. NAMA DIBERI DIKENAL SUDAH
      NEGERI BERTUAH PENUH SEJARAH
      NEAYAN MUDA , BAWA BELATI
      DIATAS GELOMBANG, BERADU CIAU SATUKAN KATA , SEPAKAT HATI
      HAI ANAK NEGERI
      SANGGAM LAH DIKAU.

      Delete