Tabung Pendidikan

Tuesday, October 5, 2010

Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuklear yang dikenakan terhadap Empayar Jepun oleh Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S. Truman sewaktu Perang Dunia II. Pada 6 Ogos 1945, senjata nuklear “Little Boy” dijatuhkan di bandaraya Hiroshima, diikuti pada 9 Ogos 1945 oleh pengguguran bom nuklear “Fat Man” di Nagasaki. Cuma inilah penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah.

 Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara kasar, kerana berlakunya pemindahan besar-besaran, serta juga bilangan buruh paksa yang juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.Rekod anggota tentera turut musnah, dan ramai keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurang orang yang mampu melaporkan bilangan yang terkorban.

 Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan.Sesetengah anggaran mencatat sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka panjang yang lain.Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana mengurangkan impak pengeboman, dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan dari 40,000 hingga 75,000 orang.Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian merupakan rakyat biasa.Peranan pengeboman dalam penyerahan kalah jepun, serta juga kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.

4 comments:

  1. Mengapa Jepun yang di bom, tidak pula tentera jerman, padahal mereka adalah sekutu semasa WWII, ini merupakan kepelikan semasa perang tersebut...

    ReplyDelete
  2. jerman gang dia kut...tapi dasyat kesan nye...moga tiada lagi penggunaan nye lagi...

    ReplyDelete
  3. kenangan untuk amerika dan jepon... huhuhu

    ReplyDelete