Tabung Pendidikan

Friday, July 30, 2010

ASAL USUL HANTU

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk
pulang berhari raya... ... .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada
lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!
Pontianak ... Lekatlah nama pontianak .

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.
Hebohlah satu kampung 'Lari..lari. .. ..Penanggal' . Bila dia melihat sesuatu
yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai
semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam korangggg!!! !
hehehe... ..

10 comments:

  1. salam..
    ha ha ha..
    memang lawak
    tak jadi nak tido
    bila dah gelak ni

    ReplyDelete
  2. seram sejuk jek baca entry neh..
    kui3

    ReplyDelete
  3. hahaa..
    Hantu..hantu..
    hantu zombi?
    asalnya dari kampung Pisang la kan..
    hahhaa..

    ReplyDelete
  4. hahaha... harap2 saya ni taklah tergolong dalam kelompok hantu yang dinamakan di atas..

    ReplyDelete
  5. ishhlkkk...

    seram la kot baca post hantu...hihih~

    ReplyDelete
  6. antu2 sekalian, blogwalking la sepuas ati korang.bulan pose nnti kne ikat.xleh main tenet.hahaha

    ReplyDelete
  7. taknak jumpe hantu tokin ekekeke :D

    ReplyDelete