Tabung Pendidikan

Thursday, April 29, 2010

Harimau terbesar di dunia di jumpai di hutan malaysia...

Laporan akhbar ni aku jumpe time search kt google dlu...terperanjat gk aku tgk de harimau sebesar ni kt malaysia..Ngeri tgk

DIPETIK DARI AKHBAR UTUSAN 27 MEI 1989 :

TUARAN, SABAH 26 MEI 1989 : Hasil penyelidikan dan kajian selama berbulan-bulan oleh sekumpulan penyelidik haiwan dari Universiti Malaya di hutan sekitar kawasan pedalaman Sabah bagi mengesan harimau misteri yang sering menggangu penduduk setempat telah berjaya menemukan spesis harimau yang terbesar dan merbahaya pernah dijumai di dunia. Haiwan itu yg berketinggian hampir 4 meter dan dikatakan lebih tinggi dan merbahaya dari harimau pra-sejarah iaitu Sabre-tooth Tiger yang sering dijumpai di sekitar kawasan sejuk seperti di kawasan utara Kanada pada zaman pra-sejarah.

Sebelum ini, sejak 5 tahun lalu terdapat banyak laporan kehilangan haiwan ternakan di kawasan perkampungan Tuaran itu yang menyebabkan pekebun dan petani di kawasan itu takut untuk keluar berkebun dan menjalani kehidupan seharian.Ketua Biro Pertanian dan Ternakan JKK Kampung Panching, Deraman Abdullah, 60, berkata, sebelum itu, seekor lembu betina menjadi mangsa harimau yang dipercayai datang dari hutan bersebelahan ladang berkenaan.

Katanya, ancaman harimau belang itu yang berlaku sejak lebih lima tahun lalu menjadi lebih serius sejak kebelakangan ini.Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu apabila tiga lembu hilang juga dipercayai dibaham harimau berkenaan.

Dalam pada itu,komen pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah yang ditemui berkata "Daripada saiz tapak kaki yang besar dan menakutkan itu, saya yakin harimau belang yang mengganas ini sebesar anak gajah dan bergerak secara sendirian mungkin selepas berpisah dengan ibunya. ini berpandukan kesan jejakan nya yang mendalam dan terbenam dan agak pelik perilakunye seperti yang dilaporkan penduduk tempatan. Jadi kami memanggil penyelidik haiwan dari Universiti Malaya ini."

Dan akhirnya harimau misteri dan mengganas hampir 5tahun ini akhirnya berjaya ditangkap oleh penyelidik-penyelidik ini dan didapati harimau ini merupakan spesis yang belum dikenalpasti lagi dan dikatakan hampir pupus. Spesis terbaru ini yang akhirnya diberi nama 'cikjahtomau' oleh pasukan penyelidik ini berjaya dipindahkan ke Zoo Melaka dan bakal menjadi tontonan umum.

Gambar harimau misteri yang ditangkap ketika dipamerkan di Zoo Melaka:
                                            "cikjahtomau = cik gajah topeng rimau"..wakakaka
credit to mira tasha..*

34 comments:

  1. ni betol2 ke tak nih??? mati2 aku percaye nih!!

    ReplyDelete
  2. mak ai... 4 meter?

    2 kali ganda aq kot tinggi dia... rasenye macam tinggi gajah...

    ngee~...

    itulah sabah, tanah tumpah dan tertanam tembuniku... weng2 @.@

    ReplyDelete
  3. hahaha...terbakar je tgk pic tue~

    ReplyDelete
  4. Cehh! Pandai wat lawak. Gemuk bebeno laa harimau tu//;p

    ReplyDelete
  5. citer betul ke lawak nih???
    kalau lawak nak gelak nih...
    hee...

    ReplyDelete
  6. hohoho..kawan2..ni semua cite rekaan je..
    gurau2 antara kita menambah kemesraan..:p

    ReplyDelete
  7. ngeh3....bessrrrrrrnya rimau itu..hahah

    ReplyDelete
  8. naya kat gajah je kena conteng2 bagai :P

    ReplyDelete
  9. seb bek tgk gambar baru bace
    hehehehehehe

    ReplyDelete
  10. hahahaha
    hampeh
    baru nak bangga ...

    ReplyDelete
  11. awat trak bu dinasour... bnaru setai... hua3...

    ReplyDelete
  12. hahahaha...
    mati2 ingat btol la ade.. hahaha..
    tertipu...

    ReplyDelete
  13. agak mrah aku bile tengok gamba tu. hahahaa

    ReplyDelete
  14. siott jerk...hahahhaa..comel btol gajah tu

    ReplyDelete
  15. hhahahhaa..
    agak2 law kena mkn mati x??
    ahahahaha...
    wat suspen ja!!=p

    ReplyDelete
  16. Di Pulau Borneo tak ada pak belang,cuma ada rimau kumbang saja.

    ReplyDelete
  17. sumpah besa...
    hahaha

    ReplyDelete
  18. salam..
    ka ka ka..
    comelnya rimau
    cakkk!!

    ReplyDelete
  19. ayyaaa ingat rimau betol2 tadi..haha

    ReplyDelete
  20. hahaahaha..
    nice entry for my morning!

    http://awektocang.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. waaaaa tatuttt tatut...
    ni punye rimau kalu..
    org tak mati kena baham...tp kena pijak...

    ReplyDelete
  22. hahahaha cis..aku dah konfius dah sape comel..anak rimau ke anak gajah..haihh..haha

    ReplyDelete
  23. ni apa ni??garijah kew?hik3..

    * membalas kunjungan...saling kunjung mengunjung lah kita..kikikih

    ReplyDelete
  24. biar betul BERKETINGGIAN 4 METER

    ReplyDelete
  25. hahaha.. betul ke ni? kt sarawak saya belum pernah lagi jumpa harimau.. kt sabah ade gak ke? harimau x boleh hidup kt sarawak ni.. kalau ada pun harimau import dr semenanjung.. itu pun kalau letak kt hutan sarawak tahan sebulan je kot lepas tu mampus..haha

    ReplyDelete
  26. gelak guling2... pastu bangun... gelak guling2 laie.... pastu bangun.... gelak guling2 laie....
    (sila ulang sampai rasa nak bunuh diri)

    ReplyDelete