Tabung Pendidikan

Friday, November 11, 2011

Renung2 kan...

Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, cikgu tadika bertanyakan soalan..

"Ada 3 ekor burung di atas pokok.. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab,

"Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, ..

"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab,

"Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..

"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..

Tuesday, September 27, 2011

Panggilan telefon bimbit pertama di dunia




Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar di Amerika Syarikat semalam.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.

"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.

"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.

"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.

Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592)



Saturday, September 24, 2011

Suara Latar Kartun Popular!!!


Bill Fagerbakke    aka Patrick Star



                                                                                                                                                  




                                                            Alexander Gould     aka      Nemo





                                                      Dan Castellaneta   aka   The Simpson








                                                   Tom Kenny    aka   Spongebob Squarepants









Asyiela Putri  


aka 


Upin & Ipin

Thursday, September 22, 2011

Si Bongkok Tanjung Puteri




Kubur Si Bongkok Tanjung Puteri cuma bernisankan sekeping papan yang telah reput



Sedihnya melihat kubur Si Bongkok Tanjung Puteri pahlawan Melayu Johor ini. Beliau berjuang habis-habisan melawan penjajah. Namun, beginilah nasib beliau. Sama seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman dan lain-lain pejuang sejati.Nama Si Bongkok mungkin tidak asing bagi rakyat negeri Johor sementelah ia disebut dalam lagu malar segar Tanjung Puteri.
Lagu yang dinukilkan pada 1950-an itu boleh dikatakan begitu mesra di telinga dan terus bermain di bibir rakyat negeri itu. Cuma, siapakah Si Bongkok yang disebutkan dalam bait-bait lagu itu tidak ramai individu ingin membongkarnya.

Pastinya Si Bongkok seorang yang penting. Kalau tidak, masakan ia disebutkan dalam lagu patriotik dan dikatakan menjadi lagu jati diri negeri Johor itu.

Tidak mungkin ia sekadar menceritakan tentang Tanjung Puteri yang merupakan nama lama Johor Bahru selain retorik dan kisah dongeng semata-mata.

Nama Si Bongkok mula dipopularkan oleh budayawan, Allahyarham Shaharom Husain menerusi pementasan drama berjudul Si Bongkok Tanjung Puteri di Dewan Jubli Intan Johor Bahru seawal tahun 1961.

Si Bongkok disifatkan telah bersemadi bersama sejarahnya yang terkambus. Dia dikatakan seorang pahlawan yang namanya terpadam dalam lembaran sejarah malah tidak hairanlah jika ada yang menyifatkan dia tidak wujud.


kisah Si Bongkok berlaku pada pertengahan abad ke-19 iaitu sekitar tahun 1855 hingga 1870.


Negeri Johor pada ketika itu diperintah oleh Temenggung Daeng Ibrahim. Pada tahun 1855 pusat pentadbiran Johor telah dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri.


Ketika pemerintahan Temenggung Ibrahim di Tanjung Puteri, muncul seorang lelaki yang cacat fizikalnya tetapi mempunyai keberanian menentang campur tangan Inggeris dalam pentadbiran dan ekonomi Johor.


“Dia memang dilahirkan bongkok, badannya bengkok ke kanan dan mukanya herot ke kanan. Walaupun dia cacat tapi dia mempunyai fizikal yang kuat.


“Badannya besar dan gagah,” katanya sambil memberitahu Si Bongkok cekap bermain senjata seperti badik dan sangat mahir ilmu kelautan dan pelayaran.



Pada masa itu, Singapura telah dikuasai Inggeris dan Inggeris berniat untuk meluaskan jajahannya di Johor.


Mereka juga berusaha mengaut hasil-mahsul Johor seperti lada hitam, gambir, rotan dan damar serta dibawa ke Singapura selaku pusat pengumpulan hasil sebelum dibawa ke Eropah.


“Keadaan itu menimbulkan kemarahan Si Bongkok. Lalu, dia berjuang memusnahkan kapal-kapal dagang Inggeris. Dia melanun sekitar Selat Tebrau dari Pengerang hingga ke Kukup, perairan Kuala Sungai Johor dan perairan Singapura.


Hal itu telah membawa kesusahan kepada Inggeris. Gabenor Negeri-Negeri Selat, W.J Butterworth amat marah dan mahu kegiatan lanun dihapuskan. Pelbagai cara telah digunakan untuk menumpaskan Si Bongkok, ketua kumpulan lanun.


Namun, ia tidak berjaya kerana dia dikatakan pahlawan yang handal, kebal dan tidak lut senjata tajam.


“Si Bongkok juga dikatakan mencintai gadis yang sama dengan adiknya, Panglima Putih. Hayatnya dikatakan berakhir apabila dia tertikam dirinya ketika bertarung dengan adiknya di Tanjung Puteri,” katanya sambil memberitahu gadis itu merupakan Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur.


Beritahu Kamdi, Si Bongkok dilihat dari dua persepsi. Masyarakat setempat menganggapnya sebagai wira yang pantang melihat negeri Johor dikuasai bangsa asing.


Sementara, Inggeris dan pemerintah pada masa itu melihatnya sebagai penderhaka dan pengkhianat kerana melakukan pembunuhan dan perompakan sesuka hati sekali gus menjejaskan aktiviti perdagangan amnya di salah sebuah pusat perdagangan utama selepas kejatuhan Melaka    *kitapatotberbanggadenganpahlawankita*

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Cikgu 2011


16 Mei, satu tarikh di mana guru-guru diraikan sebagai mengenang jasa mereka yang telah banyak berbakti dalam mendidik, mengajar dan mencurahkan ilmu demi melahirkan insan-insan cemerlang, gemilang dan terbilang yang ada pada hari ini. Pepatah Melayu ada berkata, “Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain”, menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar, bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet, angkasawan dan sebagainya. Semuanya bermula daripada seorang guru dan ilmu-ilmu yang dicurahkan sehingga kita berjaya menjadi seperti kita pada hari ini.

Sedikit terkilan dengan isu berkaitan guru yang wujud sekarang ni. Isu guru mendera anak murid, saman ibu bapa terhadap guru, guru saman guru, guru berperangai kurang sopan, dan sebagainya. Tak tau salah siapa, sama ada guru ataupun pihak-pihak lain yang berkaitan. Sedangkan dulu pun rasanya ada juga isu-isu yang timbul tapi takde pulak yang macam hari ni, hingga sampai ke pengetahuan pihak media, dihebah-hebohkan dan diperbesarkan. Adakah peranan dan kepentingan guru semakin diperkecilkan? Atau sikap sesetengah pihak yang memandangkan rendah terhadap guru? Atau masalah ini sengaja ditimbulkan untuk tujuan-tujuan tertentu? Atau… Apa pendapat korang?ok la,di bawah disenaraikan tema hari guru dari 1972 sehingga 2011.Ape2 pun selamat hari cikgu kepada semua cikgu!!




1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru Dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembena Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Monday, December 6, 2010

Selamat menyambut awal muharram

* 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

- 10 Muharram
- * Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

- * Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- * Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- * Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- * Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- * Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- * Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- * Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- * Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- * Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- * Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- * Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- * Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- * Hari pertama Allah menciptakan alam.
- * Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- * Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- * Allah menjadikan 'Arasy.
- * Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- * Allah menjadikan alam.
- * Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- * Nabi Isa diangkat ke langit

Friday, November 26, 2010

10 pembunuh paling kejam di dunia

Ted Bundy (Theodore Robert Bundy) adalah seorang pembunuh bersiri asal Amerika dan ia pernah melarikan diri dari penjara 2x dan akhirnya di eksekusi mati di tahun 1989, Ted Bundy khabarnya telah membunuh hampir 40 orang yang kesemuanya adalah wanita


Richard "The IceMan" Kuklinski.Seorang pembunuh bayaran yang bekerja pada beberapa keluarga keturunan Itali-Amerika dan kabarnya sudah membunuh hampir 200 orang termasuk Jimmy Hoffa dengan senjata kesukaan pistol, belati dan gergaji.


Harrold Shipman.Seorang berkebangsaan Inggeris dikenal sebagai pembunuh berantai yang mempunyai gelaran seorang doktor ia telah membunuh pesakitnya hampir 260 orang. 80% nya adalah wanita dengan umur antara 93 tahun dan paling muda 41 tahun.


David Richard B.Dikenal sebagai seorang pembunuh berantai Amerika dan dikenal juga sebagai pengganas di kota New York di bulan Julai tahun 1976 sampai akhirnya ditahan di bulan ogos tahun 1977. Berkowitz mempunyai modus operandi mencari seorang perempuan berambut panjang yang bekerja larut malam dan dibunuh dengan menggunakan pistol yang diletakkan dalam saku kemudian memotong rambut sebagai tanda

Jack The Ripper.Adalah nama samaran untuk seorang pembunuh berantai yang tidak teridentifikasi namanya di sebuah perkampungan miskin Whitechapel kota London, Inggeris di tahun 1888. Sasarannya adalah para wanita pelacur di sebuah kejiranan dengan menggorok leher, kemudian memotong tumbuh korban menjadi beberapa bahagian serta membuang organ vital lain si korban.

Jefery Dahmer.Seorang pembunuh berantai asal Amerika dan juga seorang yang dikenal mempunyai kelainan seksual. Ia sudah membunuh 17 orang dewasa dan remaja yang mempunyai keturunan Afrika dan Asia di sertai dengan pemerkosaan, penyiksaan, mutilasi dan cannibalism.

Luis Alfredo Garavito Cubillos.Dikenal sebagai seorang pemerkosa dan juga pembunuh berantai asal Colombia yang juga seorang homoseksual. Ia telah membunuh hampir 200 orang (antara umur 8 sehingga 18 tahun) di tahun 1992 sampai dengan tahun 1999. 


Robert William “Willie” Pickton.Seorang pembunuh berantai keturunan Inggeris- Columbia, ia membunuh 20 orang wanita pelacur di Downtown Eastside di tahun 1992 sampai dengan tahun 1999. 


Elizabeth Bathory.Seorang wanita pembunuh berantai asal Hungary dengan jumlah korban sebanyak 600 orang wanita di tahun 1600. Keluarganya pun di kenal sebagai keluarga yang sangat terkenal di Hungary. 


Gilles De Rais.Dikenal sebagai seorang pembunuh berantai yang korban keseluruhannya adalah masih anak-anak. Ia khabarnya sudah membunuh 200 orang anak dalam jangka waktu 10 tahun yang rata-rata korbannya adalah anak-anak dengan umur antara 6 tahun sehingga 8 tahun.